5 Perbezaan Produk BARAKA Original dan Tiruan

Posted by Admin SS Pharma on

BARAKA 450mg Habbatus Sauda memang produk yang tak perlu di perkenalkan lagi kepada mereka yang mengamalkan pemakanan sunnah...

Keberkesanannya memang sudah tak disangkal lagi dengan kaedah pemprosesan yang terbukti secara saintifik memberikan khasiat yang optimum kepada pengguna..

Tapi disebabkan itu juga, terdapat pihak-pihak yang mengambil kesempatan dengan menjual produk BARAKA tiruan dan yang tidak mendapat kelulusan KKM..

Posting ini diharapkan membantu anda mengenalpasti produk BARAKA original dan membezakan dengan yang tiruan..

jika anda mendapati terdapat produk BARAKA 450mg Habbatus Sauda tiruan ataupun yang tidak mendapat kelulusan KKM, boleh terus hubungi kami di 03-60383737 atau hotline kami 017-2974031

 

PANDUAN UNTUK KENALPASTI BARAKA ORIGINAL DAN TIRUAN.

 

Yang utama kita perlu tahu ialah ada 3 kategori BARAKA dipasaran.

1. ORIGINAL - Produk BARAKA 450mg Habbatus Sauda yang tulen dan mendapat kelulusan KKM. telah disahkan Halal oleh Egyptian Organization For Standart & Quality yang mendapat perngiktirafan JAKIM. Kualiti produk original adalah terjamin berbanding produk lain.

2. Tidak mendapat kelulusan KKM - Produk ini adalah yang dijual di Timur Tengah tetapi dibawa masuk tanpa melalui proses saringan KKM dan pengesahan status halal oleh JAKIM. Pembungkusan dan kotaknya adalah berbeza dari yang original

3. TIRUAN - Produk ini kelihatan seperti original. Sekali pandang kita tidak dapat membezakan antara produk original dan tiruan. kualiti dan kandungan produk tidak dikenalpasti serta dikhuatiri mengandungi bahan terlarang yang akan membahayakan pengguna.

 

 

PERBEZAAN PRODUK ORIGINAL DENGAN TIRUAN

#1 PELEKAT HOLOGRAM

1.Original: adalah pelekat hologram dari Kementerian Kesihatan Malaysia KKM.

2.Tiruan:  bukan dari  hologram KKM. Pelekat palsu pudar dan tidak jelas tulisannya. saiznya lebih besar dari hologram KKM

 

#2 LOGO HALAL

1. Original: Tulisan bahasa inggeris Egyptian Organization For Standart & Quality ditulis dari kiri ke kanan

2. Tiruan: Tulisan bahasa inggeris Egyptian Organization For Standart & Quality ditulis dari kanan ke kiri

 

#3 MAKLUMAT PEMBEKAL

Nombor Telefon

1. Original: Nombor telefon Pharco Sdn Bhd dan SS Pharma Sdn Bhd adalah ditulis dengan betul

2. Tiruan: Nombor telefon Pharco Sdn Bhd dan SS Pharma Sdn Bhd adalah ditulis dengan terbalik

Kod Bar

1. Original: kod bar rapat dan tersusun

2. Tiruan: kod bar tidak rapat dan tidak tersusun

 

#4 LIFLET

1. Original: Liflet bertulisan bahasa inggeris dan bahasa melayu. KKM tidak membenarkan penggunaan tulisan berbahasa arab.

2. Tiruan: Liflet bertulisan bahasa inggeris dan bahasa arab.

 

#5 Strip

1. Original: Strip menggunakan bahasa inggeris dan mempunyai nombor pendaftaran KKM iaitu MAL08120837T

2. Tiruan: Strip menggunakan bahasa arab dan tiada nombor pendaftaran KKM.

 

penjual produk tiruan akan dari masa ke semasa menukar modus operandi mereka untuk mengelirukan pengguna.

jadi selain melihat perbezaan produk original dan tiruan, anda juga boleh perhatikan:

 

1. HARGA TERLALU RENDAH - produk tiruan biasanya dijual dengan harga terlalu rendah bagi melariskan jualan dan bersaing dengan produk original. Harga pasaran untuk produk BARAKA ialah RM14.90.

 2. PENJUAL MENJUAL TANPA KOTAK - produk original dijual dengan kotak walaupun dijual dalam jumlah yang banyak. Malah pembeli akan diberikan display box jika membeli pakej 10 kotak.

 

Produk yang tidak mendapat kelulusan KKM dan produk tiruan dikuatiri mengandungi bahan-bahan yang merbahaya kepada kesihatan pengguna.

Untuk apa membeli produk yang murah tapi membawa mudarat kepada kesihatan.. 

 


Share this post



← Older Post Newer Post →