6 PERKARA SUNAT AIDIL ADHA

Posted by Admin SS Pharma on



 

Alhamdulillah..

Kita akan menyambut ketibaan hari raya Aidil Adha tidak lama lagi…

Aidil Adha adalah satu lagi hari kebesaran penganut agama Islam. Seramai 1.3 Billion muslim seluruh dunia akan menyambutnya dengan meriah.
 
Berbezanya dengan Aidil Fitri, Aidil Adha adalah hari kebesaran yang dilakukan sempena musim haji. Ketika para tetamu Allah melakukan ibadah haji di tanah suci Mekah, umat Islam di seluruh dunia melakukan ibadah korban bagi memperingati perintah Allah swt kepada Nabi Ibrahim as untuk mengorbankan anaknya, Nabi Ismail as dan kemudiannya diperintahkan oleh Allah swt untuk menggantikannya dengan haiwan korban.
 
Ibadah-ibadah ini dilakukan pada hari-hari Tashriq (Ayyam At-Tashriq) iaitu pada 10-13 Zulhijjah.
 
Selain dari melakukan ibadah korban, ada beberapa perkara sunat yang boleh dilakukan oleh kita sempena hari raya Aidil Adha ini.
 
 
Disini kami senaraikan 6 Perkara Sunnah Aidil Adha:
 
1. BERTAKBIR SELAMA 5 HARI
 
Sempena Aidil Adha, di sunnahkan kepada umat islam bertakbir pada malam hari raya Aidil Adha (9 Zulhijjah) hingga Hari Tashriq terakhir (13 Zulhijah), baik di masjid, surau atau rumah.
Ini berbeza dengan Aidil Fitri yang hanya bertakbir di malam akhir Ramadan dan pagi 1 Syawal.
2. MANDI SOLAT AIDIL ADHA
 
Umat Islam dianjurkan untuk mandi sebelum salat Aidil Adha. Hal ini juga dianjurkan untuk perempuan yang tidak boleh bersolat. Wajibnya dengan berniat mandi sunat Aidil Adha.
3.MEMAKAI WANGIAN, MEMOTONG KUKU DAN RAMBUT
 
Memakai wangian ketika solat Aidil Adha juga adalah sesuatu yang disunatkan. Manakala memotong kuku dan rambut dianjurkan sebelum melakukan ibadah korban.
 
4. MEMAKAI PAKAIAN YANG BAIK-BAIK
 
Seperti mana solat Jumaat dan Solat Sunat Aidil Adha, umat Islam disunnahkan untuk memakai pakaian yang terbaik untuk bersolat sunat Aidil Adha. Ini sebagai salah satu cara kita menunjukkan bahawa kita bersungguh untuk meraikan hari kebesaran agama kita. manakala muslimah pula lebih disarankan memakai pakaian sederhana dan jangan berhias serta memakai wangi-wangian berlebihan kerana perkara ini adalah untuk suaminya sahaja.
 
5. KE MASJID LEBIH AWAL DAN BERJALAN KAKI
 
Disunnahkan untuk berjalan kaki menuju ke masjid ataupun tempat salat Aidil Adha. Digalakkan kita untuk bertegur sapa, bersalam-salaman dan mengucapkan salam kepada sesama muslim. Ini bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dikalangan umat Islam.
 
Digalakkan juga untuk ke masjid atau ke tempat salat Aidil Adha lebih awal untuk mendapatkan saf paling hadapan. Ini juga untuk membolehkan kita beramah mesra dengan jemaah yang kita jumpa tanpa tergesa-gesa.
 
6. MAKAN SELEPAS SOLAT AIDIL ADHA
 
Berbeza dengan hari raya Aidil Fitri, pada hari raya Aidil Adha disunnahkan untuk makan selepas solat sunat Aidil Adha.
 
Diriwayatkan dari sahabat Buraidah RA, Nabi SAW tidak keluar pada hari raya Aidil Fitri sebelum baginda makan, dan pada hari raya Aidil Adha selepas baginda kembali ke rumah.
 
Diharapkan dengan sedikit informasi ini dapat menambah pengetahuan anda sempena Aidil Adha ini.
 
Kami di SS PHARMA mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua umat Islam diseluruh dunia dan selamat bercuti.

Share this post



← Older Post Newer Post →