[INFO SIHAT] Pemakanan bagi Pesakit Kardiovaskular (CVD)

Posted by Admin SS Pharma on

Pengenalan

  • Penyakit kardiovaskular (CVD) merupakan punca utama kematian di Malaysia. Antara penyakit-penyakit kardiovaskular, penyakit jantung koronari adalah punca kematian tertinggi dan diikuti dengan strok.
  • Pesakit yang menghidap penyakit jantung kardiovaskular dengan hiperlipidemia mempunyai risiko tinggi untuk mendapat serangan jantung.
  • Hiperlipidemia merupakan peningkatan lipid (lemak) dalam aliran darah yang mana sebahagian besarnya terdiri daripada kolesterol dan trigliserida. Ianya diangkut semula ke dalam darah oleh pengangkut yang dikenali sebagai lipoprotein.
  • Terdapat tiga jenis lipoprotein di dalam badan manusia iaitu:
    • Lipoprotein berketumpatan rendah (Low density lipoprotein, LDL)
    • Lipoprotein berketumpatan tinggi (High density lipoprotein, HDL)
    • Trigliserida (TG)
  • Lipoprotein berketumpatan rendah atau LDL dikenali sebagai ‘kolesterol jahat’. Kolesterol -LDL yang berlebihan menyebabkan arteri tersumbat dan membawa kepada serangan jantung.
  • Lipoprotein berketumpatan tinggi atau HDL dikenali sebagai ‘kolesterol baik’. Paras HDL yang tinggi dalam darah dapat bertindak sebagai pelindung kepada serangan jantung.
  • Paras kolesterol darah dipengaruhi oleh makanan yang diambil dan kepantasan badan menghasilkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL).

    Pengurusan Pemakanan dalam Hiperlipidemia

    Tenaga

    • Anda harus tahu status berat badan semasa, tahap aktiviti fizikal dan sejarah pemakanan anda untuk menganggarkan keperluan tenaga harian. Adalah penting untuk merancang dan mengurus pengambilan kalori anda untuk mencapai berat badan yang disarankan.
    • Bagi individu dengan berat badan normal, keperluan tenaga harian anda adalah 30-35 kilokalori/ kg (berat badan)/ hari.
    • Anda perlu menggunakan nilai berat badan dan tinggi semasa untuk mengira Indeks Jisim Tubuh (IJT).
    • IJT yang normal adalah di bawah 25 kg/m2.
    • Rujuk selanjutnya di Pengurusan Berat Badan.

    • Karbohidrat

      • 1 gram karbohidrat membekalkan 4 kilokalori tenaga.
      • Jumlah pengambilan tenaga dalam sehari harus mengandungi 50-60% karbohidrat.
      • Individu yang mempunyai sindrom metabolik dengan paras trigliserida (TG) yang tinggi dan paras lipoprotein berketumpatan tinggi (HDL) yang rendah, perlu dipertimbangkan untuk mengurangkan 50% daripada pengambilan karbohidrat.
      • Anda perlu mengambil karbohidrat kompleks atau bijian penuh (sekurang-kurangnya 3 hidangan) seperti beras perang, roti mil penuh, capati, oat, bran, jagung dan bijirin penuh.
    • Contoh 1 hidangan karbohidrat kompleks adalah seperti berikut:

     

    Kuantiti Bijirin, Bijian, Roti
    ½ cawan Beras
    1 cawan Bubur nasi
    1/2 cawan or 1/3 mangkuk nasi cina Kueteow
    Mi hun
    Suhun
    Spaghetti
    Makaroni
    1/3 cawan
    1 keping (60 g)
    1 keping (40 g)
    1/2 keping
    1/3 keping
    1 keping (30 g)1 ketul (30 g)
    1/2 ketul
    1/2 ketul
    1/4 cawan
    Mi (basah)
    Idli
    Putu mayam
    Tosai (diameter 20 cm)
    Capati (diameter 20 cm)
    Roti (mil penuh, tinggi gentian, putih/ perang) Plain roll
    Roti burger
    Roti pita (diameter 6”)
    Bijirin oat (dimasak)
    3 sudu makan Oat (tidak dimasak)
    1/4 cawan Muesli
    3 sudu makan Tepung (gandum, beras, atta)
    3 keping Biskut (tawar, tidak manis)
    contohnya krim kraker
    6 keping Biskut kecil, nipis, bergaram
    (4.5 x 4.5 cm)

     

    Gula

    • Anda harus mengehadkan pengambilan gula kepada tidak lebih 15% daripada jumlah keperluan tenaga harian. Pengambilan gula yang tinggi untuk menggantikan lemak akan menurunkan paras HDL dan meningkatkan paras TG.
    • Anda disarankan agar mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula seperti gula-gula, jem, minuman manis, kuih-kuih manis, kordial, biskut dan minuman berkarbonat.

    Serat

    • Saranan bagi pengambilan serat adalah 20-30g sehari, di mana sekurang-kurangnya 6 gram adalah serat larut air.
    • Anda disarankan agar mengehadkan pengambilan makanan yang tinggi kandungan gula seperti gula-gula, jem, minuman manis, kuih-kuih manis, kordial, biskut dan minuman berkarbonat.
    • Saranan pengambilan minimum serat setiap hari adalah 3 hidangan sayur-sayuran dan 2 hidangan buah-buahan termasuk satu hidangan makanan daripada sumber bijian penuh. Peningkatan pengambilan serat larut air sebanyak 5 – 10g setiap hari dapat menurunkan paras LDL dalam anggaran 5%.
    • Oat, mil oat, bran oat, kacang, kekacang, barli dan buah-buahan sitrus mengandungi serat larut air. Oat pula mempunyai kandungan serat larut yang paling tinggi berbanding bijirin yang lain.
    • ½ cawan bran oat membekalkan 6 gram serat larut air sehari.
    • Rujukan selanjutnya di Keperluan Pemakanan bagi warga emas


      SUMBER: Portal MyHealth

    Share this post



    ← Older Post Newer Post →