KATIL UNTUK PESAKIT STROK

Posted by Admin SS Pharma on

Strok atau juga dikenali sebagai angin ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen.

Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota. Strok adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal.

Statistik hospital-hospital kerajaan menunjukkan peningkatan ketara pesakit Strok dan kematian akibat Strok. Di Hospital Kuala Lumpur data statistik mencatatkan 30-35 peratus kematian daripada 1000 kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Lembaga Zakat Selangor (LZS) menerima banyak kes pesakit strok yang memerlukan bantuan dari institusi Islam ini.

Antaranya ialah Encik Ibrahim Bin Darus dari Kampung Sungai Serai, Kuang. Encik Ibrahim yang berusia 60 tahun yang diserang strok dan memohon bantuan dari LZS untuk mengurangkan kepayahan beliau.

Atas kelulusan dari LZS, SS Pharma membekalkan katil 3 crank berserta tilam & ripple mattress dan di hantar terus ke rumah pesakit.

Selain dari itu, SS Pharma juga memberikan penerangan kepada ahli keluarga beliau kaedah menggunakan katil tersebut untuk mempermudahkan mereka menggunakan katil tersebut.

SS Pharma memahami penerima bantuan LZS mempunyai kekangan mereka dari segi logistik dan pengangkutan jadi kami komited untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik agar para penerima zakat ini tidak terbeban.


Share this post



← Older Post Newer Post →