Lawatan SS Pharma Bersama LZS Ke Rumah Pesakit

Posted by Admin SS Pharma on

Kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan SS Pharma dalam urusan pesakit di bawah LZS sudah lama terjalin. Para pesakit yang memerlukan bantuan barang-barang perubatan yang diluluskan oleh LZS akan menerima keperluan ini terus ke rumah.

LZS dari masa ke semasa akan memantau dan melawat para pesakit untuk mendengar serta melihat sendiri keperluan mereka agar dapat bantuan yang terbaik dapat di berikan kepada para pesakit ini.

Kali ini SS Pharma di wakili oleh Pengarah Urusan, En. Shah Zanuriman Bin Nuar Paras Khan turun bersama pegawai-pegawai LZS untuk melawat salah satu pesakit dibawah LZS.

Encik Ahmad Tajudin adalah salah sorang pesakit dibawah LZS yang terlantar setelah jantungnya terhenti selama 20 minit.
kejadian ini berlaku setahun yang lalu apabila beliau mengalami hypo diabetes sewaktu menunaikan solat di surau. ketika itu isterinya baru bersalin anak ke 5.

Atas bantuan dari LZS, Encik Ahmad Tajudin mendapat bantuan barangan perubatan bulanan serta katil.

Alhamdulillah, dengan kehadiran pegawai LZS beberapa keperluan lain di kesan yang mungkin dapat disalurkan lagi kepada beliau dan keluarga.

SS Pharma komited untuk terus berkerjasama dengan LZS dalam membantu mempermudahkan urusan LZS dengan para pesakit dibawah mereka.

Terima Kasih.

 foto:

 


Share this post



← Older Post Newer Post →