LOGO HALAL BARAKA HABBATUS SAUDA DAN URINEX

Posted by Admin SS Pharma on

Baru-baru ini kami mendapat mesej whatsapp dari seorang pelanggan yang bertanyakan tentang logo halal di kotak produk BARAKA Habbatus Sauda dan produk Urinex kami..

Menurut beliau, logo halal di kotak produk-produk ini bukannya logo halal JAKIM dan meminta kami memberikan penjelasan kepada beliau.

Pertama sekali, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pelanggan yang begitu prihatin terhadap perkara ini..

kami sangat menghargai usaha para pelanggan yang sentiasa mahukan produk yang terbaik serta halalantoyyiban untuk diri mereka dan kerana itu para pelanggan memilih produk-produk kami sebagai produk kesihatan mereka.

Jadi diharapkan artikel ini dapat memberi sedikit sebanyak pencerahan kepada para pelanggan kami.

untuk makluman semua, logo halal yang berada di kotak BARAKA Habbatus Sauda dan Urinex adalah logo halal dari 

Egyptian Organization for Standardization and Quality (EOS) yang beribu pejabat di Kaherah Mesir.

EOS adalah satu-satunya badan kebangsaan dan kompetensi di Mesir yang bertanggungjawab untuk menjalankan semua aktiviti berkaitan penyediaan dan penerbitan piawai Mesir, serta pelbagai aktiviti dalam bidang jaminan kualiti dan penilaian komitmen untuk produk, pengujian & pengukuran industri yang relevan, yang bertujuan meningkatkan kualiti produk Mesir untuk bersaing di pasaran antarabangsa dan tempatan bersama dengan perlindungan dan persekitaran pengguna.

Dalam kata yang lebih mudah, fungsi EOS adalah sama seperti SIRIM di negara kita ini.

EOS juga adalah badan yang memberi pengiktirafan status halal di Mesir. Malah JAKIM menyenaraikan EOS sebagai salah satu badan luar negara yang di iktiraf status halalnya.

 


Rujuk: Portal Halal Malaysia  THE RECOGNISED FOREIGN HALAL CERTIFICATION BODIES & AUTHORITIES As at February 13th, 2019 . List no. 24

 


Jadi tuan-tuan dan puan-puan, diharapkan dengan sedikit penjelasan ini dapat memberi pencerahan kepada semua. Semoga anda semua akan terus menggunakan produk-produk SS Pharma dengan penuh yakin lagi..

hubungi kami di:

👉 layari http://www.SSPHARMA.com.my

👉 whatsapp http://www.wasap.my/60172974031 atau

👉 Call: 0172974031 (HOTLINE)

untuk kami bantu selesaikan masalah anda...

#BARAKA #SSPharma #Urinex #B4LBlackSeedOil #Jus7Benua#Original


Share this post



← Older Post Newer Post →