SS Pharma Bantu Edar Barangan Bantuan Zakat Lembaga Zakat Selangor (LZS)

Posted by Admin SS Pharma on

 

Penerima asnaf zakat terdiri dari pelbagai golongan. Menurut Islam, penerima zakat atau asnaf zakat terdiri dari 8 kategori iaitu asnaf fakir, asnaf miskin, asnaf muallaf, asnaf amil, asnaf riqab, asnaf gharimin, asnaf fisabillilah dan asnaf ibnu sabil.

Mereka yang memohon bantuan mengikut kategori asnaf ini akan di saring mengikut kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS). 

Bantuan yang diberikan juga berbeza-beza mengikut keperluan asnaf. ada yang diberi bantuan wang tunai, bantuan peralatan, bantuan sewa rumah dan bantuan persekolahan.
bantuan juga diberikan samada secara bulanan ataupun one off mengikut keperluan penerima.

SS Pharma melangkah satu langkah membantu golongan asnaf dengan menghantar bantuan-bantuan barangan jagaan kesihatan yang dimohon oleh penerima zakat ke rumah mereka.

Ini kerana kebanyakan penerima bantuan ini tidak dapat pergi ke farmasi setiap bulan untuk mengambil bantuan atas faktor kesihatan dan kewangan.

Usaha ini mendapat sambutan balas yang baik oleh para penerima. kebanyakan mereka merasakan ini sangat membantu meringankan beban mereka yang sebelum ini terpaksa berulang-alik ke farmasi setiap bulan untuk mengambil bantuan yang telah diluluskan oleh LZS.



Setiap bulan, SS Pharma akan melakukan penghantaran kepada penerima di sekitar Kuang, Sungai Buloh dan Paya Jaras. semoga dengan sedikit usaha yang di lakukan untuk mempermudahkan urusan golongan asnaf  ini dapat mendapat keberkatan dari Allah s.w.t.


Share this post



← Older Post Newer Post →