SS PHARMA BANTU PERMUDAHKAN URUSAN LZS

Posted by Admin SS Pharma on

SS Pharma merupakan salah satu panel farmasi yang dilantik oleh Lembaga Zakat Selangor (LZS) untuk membekalkan bekalan ubat-ubatan dan peralatan perubatan kepada pesakit-pesakit dibawah LZS.

Terbaru ialah Mohd Danish Iqbal dari Kampung Setia, Kuang yang menerima kerusi roda yang di tempah khas khusus mengikut spesifikasi yang diperlukan olehnya.



Adik Mohd Danish mengalami penyakit kerapuhan tulang yang unik. Penyakitnya begitu unik hingga beliau merupakan pesakit yang kedua di daftarkan di Malaysia mengalami penyakit ini.

Kakitangan SS Pharma bersama-sama pembekal kerusi roda menghantar sendiri peralatan tersebut ke rumah beliau. Di sana, pegawai dari syarikat pembekal mengajar kaedah penggunaan serta kaedah penjagaan kerusi roda tersebut untuk memastikan keselesaan dan kebersihan untuk adik Mohd Danish.

SS Pharma bukan hanya membekalkan ubatan dan peralatan tapi kami sentiasa memastikan pesakit-pesakit dibawah LZS ini sentiasa mendapat yang terbaik.

 


Share this post



← Older Post Newer Post →