Video Promo SS Pharma Sdn Bhd

Posted by Admin SS Pharma on

SS Pharma Sdn. Bhd, merupakan syarikat farmaseutikal Bumiputera yang kian berkembang maju dalam menerokai pasaran produk makanan tambahan untuk membantu orang ramai kekal aktif dan bertenaga.

Bermula dengan menjual produk import kesihatan terkenal dari Mesir iaitu Baraka 450mg, kini SS Pharma Sdn. Bhd terus mengorak langkah dengan beberapa produk lagi iaitu Urinex, Minyak Pati HabbatusSauda dan terbaru, produk Jus 7 Benua. Produk Baraka 450mg,Urinex Kapsul & Minyak Pati Habbatus Sauda merupakan makanan tambahan yang sesuai dibawa ke mana-mana kerana didatangkan dalam saiz kecil.

Seperti Baraka 450mg, selain mudah dibawa kerana didatangkan dalam saiz kecil, produk ini membantu menambah tenaga dan mengekalkan kesihatan. Pengambilan secara berterusan dapat membantu menguatkan sistem pertahanan badan dan merangsang metabolisme dari lemah dan lesu.

Minyak pati HabbatusSauda pula sesuai untuk mereka yang mengalami masalah kulit kering dan ekzema selain boleh membantu merawat masalah pecah tapak kaki akibat kerap berjalan. Cara penggunaannya amat mudah. Boleh diminum dengan cara dititiskan ke dalam mulut atau mencampurkan dalam minuman atau disapu pada tempat bermasalah seperti tangan dan kaki.

Kepada pesakit batu karang atau mempunyai sejarah penyakit tersebut, produk Urinex salah satu suplemen yang terbaik. Di rumus khas dengan bahan-bahan terbaik dan semula jadi, ia membantu melawaskan pembuangan air kencing serta mengurangkan masalah sembelit dan buasir.

Terbaru, SS Pharma mengorak langkah lagi dengan mengeluarkan Jus 7 Benua yang kini mula mendapat tempat di kalangan rakyat Malaysia. Bahan-bahan yang terkandung di dalamnya merupakan bahan terbaik dari tujuh benua yang penuh dengan kandungan nutrisi sihat dan lengkap. Ia membantu mengurangkan masalah sendi, otot, urat, tulang dan sengal badan.

Selain itu, kesemua produk SS Pharma juga sangat berbeza dengan lambakan produk lain di pasaran. Setiap produk SS Pharma di rumus khas untuk semua golongan merangkumi pelbagai aspek untuk kesihatan badan. Lebih penting, harga yang ditawarkan untuk ke semua produk SS Pharma sangat berpatutan setanding dengan khasiat yang terkandung di dalamnya.

Baraka 450mg hanya berharga RM 14.90 untuk 24 kapsul. Urinex dijual pada harga RM 22.90 (24kapsul) dan Minyak Pati HabbatusSauda berharga RM 28.00 bagi setiap botol 15ml. Jus 7 Benua pula dijual pada harga RM 129.90 untuk 500ml.

Produk ini boleh didapati di farmasi dan toko-toko jamu seluruh Malaysia. Untuk pembelian secara pos anda boleh hubungi

(WhatApps/ Telefon ) 017- 297 4031/ 017- 339 0379

Email: customerservice@sspharma.my.

Kepada sesiapa yang mahu menjadi wakil jualan, juga boleh hubungi nombor di atas.


Share this post



← Older Post