Dasar Privasi

Berikut adalah keterangan lanjut mengenai cara bagaimana kami mengumpulkan, menggunakan, menyimpan dan mengeluarkan data anda serta cara kami memastikan keselamatan privasi data anda terjamin.

Informasi apa yang kami kumpulkan?

Kami kumpulkan informasi anda apabila anda mendaftar di laman web kami, membuat pembelian dan daftar sebagai agen, stokis atau penerima newsletter kami atau setiap kali anda mengisi borang kepada kami.

Setiap kali anda mengisi sebarang borang online di laman web kami, anda dikira sebagai sudah bersetuju dengan Dasar Privasi sspharma.my

Apa yang kami lakukan dengan informasi anda?

  • Untuk berhubung dengan anda

  • Untuk mengekal dan menambahbaik perhubungan pelanggan

  • Untuk mengakses, memproses dan menyediakan produk, perkhidmatan, dan/atau kemudahahan kepada anda

  • Untuk mengendali dan memproses sebarang pembayaran berkaitan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan yang diminta oleh anda

  • Untuk mengesahkan pengenalan dan latarbelakang anda

  • Untuk bertindak balas terhadap pertanyaan atau aduan dan menyelesaikan apa-apa isu dan percanggahan yang mungkin timbul berhubung dengan apa-apa urusan dengan kami.

  • Untuk menyediakan anda dengan maklumat dan/atau kemaskini mengenai produk, perkhidmatan, promosi akan datang yang kami tawarkan dan/atau acara yang dianjur oleh kami dan pihak ketiga yang terpilih yang boleh menarik perhatian anda dari masa ke masa

  • Untuk memudahkan anda mengambil bahagian dalam, dan pengurusan, apa-apa acara termasuk pertandingan-pertandingan, promosi-promosi atau kempen-kempen

  • Untuk mengekal dan mengemaskini simpanan rekod dalaman

  • Untuk mengawasi, mengkaji semula dan menambahbaikkan acara dan promosi, produk dan/atau perkhidmatan kami

  • Untuk menjalankan semakan rujukan kredit dan mengesahkan keupayaan kredit, bila mana perlu, dalam menyediakan anda dengan produk, perkhidmatan dan/atau kemudahan tersebut

  • Untuk menjalankan penyelidikan pasaran atau kaji selidik, analisis pemasaran dalaman, aktiviti memprofil pelanggan, analisis corak dan pilihan pelanggan, merancang dan analisis statistik dan arah aliran berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan kami

  • Untuk berkongsi sebarang Data Peribadi dengan juruaudit untuk tujuan audit dalaman dan lapuran kami

  • Untuk tujuan audit, pengurusan risiko dan keselamatan;untuk tujuan lain yang diperlukan untuk mengendali, mengekal dan mengurus perniagaan kami dan perhubungan anda dengan baik; yang mana kami beritahu anda pada masa kami mendapatkan izin anda.

 Bagaimana kami lindungi data peribadi anda?

Kami komited untuk memastikan data peribadi anda disimpan dengan selamat. Untuk mencegah akses tanpa izin, pendedahan atau risiko-risiko lain yang sama, kami berusaha, di mana praktikal, untuk melaksanakan langkah-langkah keselamatan teknikal, fizikal, elektronik dan tata cara menurut undang-undang dan standard industri untuk menjamin daripada dan menghalang pemprosesan data peribadi anda yang tidak dibenarkan atau tidak sah di sisi undang-undang, dan pemusnahan, atau kehilangan yang tidak sengaja, kerosakan, pengubahsuaian, pendedahan yang tanpa izin atau akses kepada Data Peribadi anda.

Kebenaran anda

Dengan menggunakan laman web ini, anda telah bersetuju dengan Polisi Privasi kami.