Profil Syarikat

SEJARAH SYARIKAT DAN GAMBARAN KESELURUHAN PERNIAGAAN

SS Pharma Sdn Bhd dibentuk daripada kerjasama dan pemahaman ahli lembaga pengarah mengenai jualan dan pemasaran produk farmaseutikal dalam industri.

Ahli lembaga pengarah bertanggungjawab untuk kejayaan jangka masa panjang SS Pharma dan bertanggungjawab kepada para pemegang saham bagi memastikan bahawa syarikat diuruskan dengan betul dan mencapai objektif yang telah ditetapkan.

Tiga pengarah mempunyai pengetahuan dan pengalaman luas dalam industri. Ahli farmasi kami mempunyai 26 tahun pengalaman di Semenanjung Malaysia, kawasan Malaysia Timur dan juga Brunei. 2 pengarah yang lain pula, mempunyai pengalaman jualan yang luas dan pengetahuan pemasaran di Semenanjung dan Malaysia Timur.

Oleh kerana pengalaman dan kepakaran, maka tertubuhlah SS Pharma Sdn Bhd dan telah diperbadankan pada 10 Januari 2013. Ia merupakan sebuah syarikat milik penuh Malaysia, dan 70% adalah milik bumiputra.

SS Pharma adalah sebuah syarikat yang memasarkan produk farmaseutikal, makanan tambahan kesihatan, peralatan pakai buang dan kemudahan hospital.

Perniagaan kami tertumpu kepada penghantaran strategik yang mana ianya menjadi keutamaan untuk perkembangan perniagaan ASEAN dan memberikan lebih banyak produk yang bernilai serta memudahkan model logistik.

VISI SYARIKAT

  • Visi kami adalah untuk membina perniagaan penjagaan kesihatan yang lengkap yang meliputi Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.
  • Kami juga ingin menaik taraf status kami untuk menjadi lebih kompetitif berbanding syarikat-syarikat multinasional dan tempatan.

MISI SYARIKAT

  • Kami berusaha memberikan produk penjagaan kesihatan yang mampu dimiliki kepada pelanggan kami sama ada kerajaan atau swasta.
  • Kami berusaha untuk memperkenalkan produk baru yang berkualiti serta dijamin halal untuk pasaran Malaysia dan Asia.
  • Pihak syarikat sentiasa melakukan kaji selidik dan promosi yang berterusan serta menjalin kerjasama dengan pihak media dalam memastikan kelangsungan pasaran dan mencapai sasaran SS Pharma.

STRATEGI PEMASARAN

Setelah berjaya mengembangkan operasi ke Sabah dan Sarawak dalam masa setahun, pihak syarikat juga mempunyai rancangan masa hadapan untuk beroperasi di rantau ASEAN seperti Myanmar, Thailand, Kemboja dan Indonesia.

Pihak syarikat berusaha untuk menjalin hubungan rapat dengan pihak media (surat khabar, majalah, televisyen dan radio) dalam memperkenalkan produk-produk SS Pharma.

Menyertai pelbagai program dan ekspo kesihatan dalam memberi penerangan secara langsung kepada pelanggan tentang kelebihan produk-produk SS Pharma.